KENAPA BLOG SAYA TERBAIK
Blog ini sebenarnya menggunakan taktik yang hampir serupa dari segi pemasaran cuma bezanya ia adalah lebih santai dan tidak menyakitkan kepala untuk mencari pelanggan kerana saya sendiri adalah penjual dan saya sendiri adalah pelanggan.Saya akan membeli dan membeli dan kemudian menjual yang bermaksud saya akan menyertai pertandingan anjuran blogger disana sini sambil mempromosikan blog ini.Saya mencari keseronokan melalui pertandingan,jika menang ianya adalah suatu kepuasan,jika kalah saya tetap merasai keseronokan tersebut dan saya ingin sekali berkongsi keseronokan tersebut bersama orang lain.Melalui segi penulisan,saya suka menulis dengan menambah elemen-elemen yang mencuit hati bagi mencuri hati pembaca dan saya sentiasa cuba memastikan yang saya dapat menerangkan apa yang saya ingin sampaikan dengan seringkas yang boleh.Jika menulis dengan terlalu serius,saya sendiri akan merasa bosan dan kebosanan akan menyebabkan blog saya hilang daya tarikan.Dari sini saya ingin menambah kenapa saya menganggap blog saya terbaik iaitu dari segi penulisan.Saya percaya yang saya mampu menghadirkan unsur lelucon didalam tulisan saya.Sepertimana seorang pelawak atau badut yang memberikan belon untuk menggembirakan hati kanak-kanak,saya juga ingin menyelitkan belon didalam kata-kata yang saya garap.
Selalunya kebanyakan blog adalah lebih menyerupai diari atau pun tutorial mengenai blog,tapi saya sangat suka akan kelainan maka saya mencipta blog ini.Jujur saya katakan agak sukar untuk saya menyatakan mengapa blog ini terbaik berbanding blog yang bercorak tutorial yang mana lebih berinformasi,tapi saya orang yang lebih suka memilih jalan yang sukar berbanding yang mudah,kalau saya dapat selesaikan yang susah maka ianya akan membuka jalan yang lebih luas untuk saya.Oleh itu saya mengambil risiko untuk menerangkan mengapa blog yang hanya bertujuan menyertai pertandingan adalah terbaik kerana saya iaitu pemilik blog ini adalah seorang yang sangat sukakan cabaran.Adakah anda inginkan orang yang sentiasa bersembunyi dibelakang untuk menjadi pemimpin anda?Sudah tentu tidak bukan,oleh itu dapat saya mengatakan blog ini adalah terbaik kerana saya percaya saya dapat membawa blog ini kedalam visi yang telah saya katakan di awal bicara.
Disini saya ingin simpulkan secara keseluruhan mengapa blog ini terbaik.Blog ini berani menuju kearah yang lebih mencabar dengan misi dan visi yang jelas.Gaya penulisan yang digunakan adalah mudah difahami dan dapat menarik perhatian.Penerangan dapat disampaikan dengan tepat dan jelas.Hubungan ukhwah diantara blogger dapat ditingkatkan melalui pertandingan yang dianjurkan dan dengan memberikan informasi berkaitan pertandingan yang dijalankan secara tak langsung ianya seakan membentuk rangkain tangan yang saling memimpin antara satu sama lain.Oh saya juga ingin menambah bahawa tujuan teaoais.com mengadakan pertandingan ini adalah untuk memeriahkan suasana berblogging yang semakin malap maka saya juga dapat menyatakan tema blog ini juga boleh menuju ke arah matlamat yang sama.Akhir sekali untuk melengkapkan mengapa blog ini adalah terbaik,saya ingin menyentuh serba sedikit mengenai reka bentuk blog ini yang menggunakan template yang menarik serta interaktif dan saya percaya blog ini tidak terlalu berat dengan widget yang tidak bersesuaian.Widget atau alat yang digunakan adalah sangat penting seperti cbox untuk pengunjung meninggalkan link mereka dan berbual disitu.Widget juga disusun mengikut keutamaan dan diletakkan ditempat yang mudah ditemui pengunjung blog ini.
SYARAT PERTANDINGAN:
- PERTANDINGAN DIBUKA KEPADA SEMUA BLOG MALAYSIA.
- LIKE ENTRI INI DI BAHAGIAN PALING BAWAH POST.
- BUAT SATU POSTING/ENTRI BERKENAAN DENGAN PERTANDINGAN INI DI BLOG ANDA DAN CERITAKAN KENAPA BLOG ANDA TERBAIK BERBANDING BLOG LAIN.
TARIKH PENTING:
TARIKH TUTUP PERTANDINGAN: 30 JUN 2014
TARIKH MENGUMUMKAN PEMENANG : ANTARA PERTENGAHAN HINGGA HUJUNG BULAN JULAI
HADIAH UNTUK PEMENANG:
TEMPAT PERTAMA : RM500.00 TUNAI
TEMPAT KEDUA: RM300.00 TUNAI
TEMPAT KETIGA: RM100.00 TUNAI
DAN 10 HADIAH SAGUHATI DISEDIAKAN BERNILAI RM10.00
0 comments:
Post a Comment