http://sueakgogeous.blogspot.com/2014/06/giveaway-puasa-rm50.html

 The best pengalaman puasa di bulan Ramadhan.

 Susah untuk saya pilih pengalaman puasa yang terbaik untuk saya,kerana saya rasakan setiap kali ketibaan bulan Ramadhan sudah merupakan yang terbaik untuk saya.Saya sangat sangat suka berpuasa di bulan Ramadhan.Tapi kalau nak pilih juga,saya rasa berlatih berpuasa di waktu kecil mungkin menarik untuk diceritakan.

 Baiklah,saya akan menggunakan entri pos ini sebagai alat perentas masa untuk saya mengajak pembaca kembali bersama saya ke saat saya diajar oleh ibu saya untuk mula berlatih berpuasa.Satu.....Dua......Tiga....POOF

TADA!!Selamat pulang ke tahun 1995 dan kebetulan pula kita datang di kala bulan Ramadhan.

 Ketika ini saya baru berumur 9 tahun.Ok nampak tak saya yang kurus kering dan sedang terbaring di atas lantai sambil merenung tajam ke arah siling.Perut saya ketika itu sedang mendendangkan lagu apa tah yang popular masa tu,saya pun dah lupa.....

 "Bancik,sabarlah,tak sampai berapa jam lagi pun nak buka ni,kalau Bancik puasa penuh nanti mak bagi sepuluh ringgit,sabar ya,lagi sikit lagi dah nak buka".Oh betapa seorang ibu dapat melihat penderitaan seorang anaknya hanya dengan melihat matanya dan ditambah pula anak tersebut sering menggangu ibunya yang sedang leka membuat kuih siput di dapur(kuih feveret mak saya,setiap tahun raya tak miss buat ^^) dengan pertanyaan: "Mak,bangcik dah tak tahan,lapar,perut ni pun dah nak start merajuk,nanti dia tak nak kawan ngan bancik,nanti apa yang bancik nak makan dia tak nak,macam mana....nak makan,kuih siput tu macam sedap je,macam comel je(pepandai saya je tambah,masa tu mana ada ayat camni lagi haha)

 "Sabar,nanti puasa penuh mak bagi upah sepuluh ringgit,macam2 bancik boleh buat,hah bancik dah jadi orang paling kaya tau",mak saya cuba memanipulasi anaknya dan mak saya sangat bijak kerana dari waktu saya masih kecil lagi,mak saya sudah dapat mengesan yang saya seorang mata duitan kalau tak,takkanle saya tertarik hati dengan Giveaway Puasa RM50 by SueAKGoGeous ini haha.Walaupun duit RM10 lebih besar nilai dari duit RM50 tapi bagi seseorang yang berumur 7 tahun,duit RM10 dah mampu beli kereta ferari sepuluh biji dan belanja awek saya Fazura,Nurhaliza dan Yana Syamsudin coklat dingdang sorag sekotak(hanya coklat dindang yang merupakan fakta,lain auta ;)..)

 Mak saya berjaya meyakinkan saya,dan saya kembali semula berbaring di lantai merenung siling.........tapi apakan daya sebagai seorang budak,untuk saya meneruskan perjuangan ini terasa amat payah,dan sebagai seorang ibu yang terlalu baik hati,maka dengan ajaibnya ditangan saya terdapatnya kuih siput yang comel walaupun tinggal tak berapa saat lagi untuk berbuka.Habis je makan,terus orang bang dan mak saya pun cakap sayang betul,sikit lagi je bancik dah boleh puasa penuh.Setelah terngantuk baru terngadah,dan akhirnya saya sedar kesilapan yang saya lakukan,lagi sikit je lagi dah boleh penuh...........huhu.....selamat tinggal duit sepuluh ringgit tahun 1994 selamat datang duit RM50 tahun 2014(haha yang ni bergurau je,tak menang pun takpe,seronok gak giveaway ni,boleh lahirkan idea yang kreatif^^).Masa kecik2 ni memang nakal,kekadang tu mandi lelama sebab nak sembunyi2 minum air paip.last2 diri sendiri merana sakit perut dan bila time berbuka tu tak ingat dunia,dan kemudian akibat dia tanggung sendirila haha.Adalah dua tiga hari mak saya tak tahan,upah duit tak jalan,upah rotan gak yang berkesan hehe.Tapi ada masa2nya mak saya mengalah juga.

 Tapi semakin bila dah selalu berlatih berpuasa,puasa ni akan jadi sangat menyeronokkan dan tak sabar rasanya tunggu bulan puasa.Kalau dah besar panjang pun,puasa nak kena upah duit,tu memang dah layak dapat pelempang,tapi sebenarnya puasa ni sendiri banyak kebaikannya dan Allah s.w.t dah beri ganjaran yang lebih berharga dari duit di dunia ni.Saya sangat berterima kasih buat emak saya yang mendidik saya untuk berlatih berpuasa sejak kecil.

Ok,kita kembali semula ke tahun 2014

 Sekian saja cerita dari saya yang mana mungkin hanya saya seorang saja yang baca dan kalau ada yang sudi,saya mengucapkan terima kasih banyak2 kerana sudi membaca sampai habis terutamanya pada pihak penganjur yang memberikan saya ruang dan kesempatan untuk saya menceritakan pengalaman paling best di bulan puasa.

2 comments:

  1. Salam..
    Thanks for joining ye..
    All the best!

    ReplyDelete

 
Top